Bengkel Pembiayaan Dana Bisnes

Haniza sedang menyampaikan sepatah dua kata sebelum merasmikan Bengkel

Haniza sedang menyampaikan sepatah dua kata sebelum merasmikan Bengkel

Kesan kemelesetan ekonomi sedang melanda seluruh dunia. Malaysia kian merasa bahananya. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan bagi menghadapi kegawatan ekonomi. Kempen kesedaran agar persiapan dibuat sebelum kegawatan ekonomi menimpa diri sedang dijalankan.

Kerajaan telah memulakan perbincangan meja bulat dengan pakar-pakar ekonomi dan mengajak kerajaan pusat memulakan langkah menyelamatkan negara daripada kesan kemelesetan serius.

Kawasan Taman Medan telah mulakan siri program keusahawanan bagi memberi pilihan kepada penduduk mencari sumber pendapatan lain serta menambah pendapatan sedia ada. Bengkel pertama daripada siri bengkel ialah mengenai peluang pembiayaan dana bisnes yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan dan persendirian. Dalam bengkel yang sama, taklimat mengenai kemahiran-kemahiran yang boleh diberikan bagi memberi nilai tambah kepada bisnes dan seterusnya memberi daya saing kepada bisnes/perniagaan masing-masing.

Antara yang dibentangkan; sumber pendapatan daripada sampah buangan, daun-daun kering (waste to wealth) mampu memberi pulangan yang lumayan dan dalam masa yang sama menjaga alam sekitar. Begitu juga, produk-produk yang ada boleh dipasarkan ke pasaran dunia melalui e-commerce. Pinjaman yang disediakan oleh kerajaan bagi merangsang aktiviti ekonomi.

Dengan itu, wajar bagi rakyat segera mengambil peluang tersebut supaya kesan ekonomi yang belum tahu penghujungnya ditangani dengan lebih bijak.

Agensi yang terlibat dalam bengkel setengah hari itu adalah Amanah Ikhtiar Malaysia, Agrobank dan Advanced Manufacturing Institute. Bagi mereka yang berminat untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Pn Ana di talian 03-7781 2151.

Semua usahawan dan bakal usahawan dijemput mengisi borang keusahawanan di pejabat ADUN bagi siri bengkel akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s