Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu baru-baru ini: Siapa mereka?

Asimilasi kaum tionghua dalam kehidupan di Kuala Terengganu:

Di sebalik keindahan dan kemewahan Masjid Kristal ….kehidupan sebenar rakyat:

Realiti kehidupan rakyat marhaen:

Masjid Kristal yang megah dibangunkan:

Advertisement

Kongres Ekonomi Islam ke-3

Peserta di Kongres Ekonomi Islam yang ke-3

Peserta di Kongres Ekonomi Islam yang ke-3

Kongres Ekonomi Islam yang ketiga telah bermula pada 12 Jauari 2009 hingga 15 Januari ini, anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Kongres tersebut diadakan selepas lebih 30 tahun kongres kedua diadakan.

Kali ini, kongres meletakkan beberapa objektif dan salah satunya adalah bagi bertindak sebagai medium yang sesuai dalam merumuskan ide dan pendekatan baru yang berkesan sebagai usaha memperkasa ekonomi ummah dalam persiapan menghadapi era baru perkembangan ekonomi.

Ramai tokoh masyarakat, para akademia, profesional, usahawan, ahli politik dan para aktivis badan bukan kerajaan yang hadir.

Sembilan tajuk kertas yang telah dikemukakan dan akan dibincangkan selama 4 hari.

Taipan Focus dan penduduk perlu kerjasama

Bumbung flat Impian Baiduri yang sedang dibina tetapi tidak menyelesaikan masalah

Bumbung flat Impian Baiduri yang sedang dibina tetapi tidak menyelesaikan masalah

5 Januari 2009 – Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri telah beberapa kali mengadakan mesyuarat bersama pemaju mengenai kerosakan bangunan serta kemudahan seperti lif di situ. Namun, satu mesyuarat ke satu mesyuarat, masalah masih belum selesai.
Pemaju yang bertanggungjawab ialah Taipan Focus Sdn Bhd, yang telah berkali-kali bersetuju untuk
membantu tetapi sehingga kini banyak yang dijanji belum ditunaikan.
Semasa lawatan saya ke tapak, saya telah didatangi oleh seorang wanita yang hampir menangis menceritakan keadaan beliau terpaksa setiap hari menapak tangga ke rumahnya di tingkat 16. Kini, sekolah sudah buka, beliau terpaksa turun naik tangga untuk hantar dan ambil anak dari sekolah.
Inilah masalah besar kebanyakan pangsapuri kos rendah, dengan kerosakan lif yang lambat dibaiki, menyukarkan penghuni pangsapuri. Isu yang sering dibangkitkan oleh pemaju; yuran selenggara tidak dijelaskan, lif rosak kerana penduduk bawa motosikal dalam lif, dan bermacam-macam lagi.
Permasalahan tersebut perlu kerjasama semua dan pemaju tidak boleh menyalahkan penghuni dan begitu juga penghuni tidak boleh serahkan segalanya kepada pemaju. Jika jalan penyelesaian ingin dicapai semua mesti bersetuju untuk saling bantu-membantu.
Pemaju melalui Management Company perlu mencari kaedah mengutip yuran selenggara, dan penghuni mesti jaga kemudahan yang disediakan dalam keadaan yang baik dan tidak dirosakkan atau ‘vandalise’. Jika itu dapat disepakati, saya percaya keselesaan dan keharmonian kehidupan di pangsapuri akan dapat dinikmati.

Appeal for a ‘new lease of life’

Sheila Sri Priya

NST Online


Taman Medan assemblyman Haniza Talha (third from left) at a meet-the-resident session on New Year’s Day

PETALING JAYA, 3 January 2009 : Owners of expiring leasehold houses in Petaling Jaya Old Town may soon be able to sleep in peace.

The Selangor menteri besar is expected to look into the issue in two weeks’ time and the residents are hopeful of good news.

The residents of leasehold houses were told about this by Taman Medan assemblyman Haniza Talha on Thursday.

During a meet-the-resident session on New Year’s Day at Pasar Othman, Old Town, Haniza said: “Edward Lee (Bukit Gasing assemblyman) is still gathering the required information. We are going to meet the MB in two weeks to discuss the land code issue.”

Residents in Sections 2, 3, 4, and 14 are still waiting for an tension to their leasehold or better still, be issued with freehold grants.

Many residents in Old Town have only five years left before the 60-year-old leasehold expires.

Their plight may see some positive response from the menteri besar as Perak recently issued freehold titles to 11 homeowners in Kuala Rui near Grik.

On other issues, Haniza urged the Petaling Jaya City Council to consider issuing temporary business permits to hawkers.

“It’s better to have them do legal business then for them to be involved in illegal activities like selling pirated discs or worse, involved in serious crime.”

Haniza also proposed four-storey flats and developing human capital development in Taman Medan.

She pointed out that the affordable quality housing (AQH), concept is used in developed countries to provide a better environment in areas with social problems.

“At present, the quality of life in areas like Taman Medan is deplorable.

“Most urban slums areas have a high crime rate. Without proper guidance, the younger generation won’t be able to get out of the circle of poverty and may turn to illegal activities,” she said.

Haniza said in the United States, AQH houses were built in areas with community problems.

“If an area is stigmatised by prostitution, houses like these are built with nice gardens and other supporting facilities. This leads to the community prospering and slowing down and eventually stopping undesirable activities.”

Haniza complained that lifts in high-rise buildings were often not functioning and this added to the stress among residents. Also the high-rise buildings are unsuitable for a large community.

Haniza said she will propose the AQH project in the next state executive council meeting.

Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy Sian, who was at the meeting with residents. said he hoped that the government would not raise toll rates and water prices this year.

Sahabat kepada Jiran

Melancarkan peraduan memasak bagi wanita Kg Melayu Rasa, Hulu Selangor

Melancarkan peraduan memasak bagi wanita Kg Melayu Rasa, Hulu Selangor.

Haniza bersama JKKK Kg Melayu Rasa. Mohd Adnan Ketua Kampung (dua dari kanan)

Haniza bersama JKKK Kg Melayu Rasa. Mohd Adnan Ketua Kampung (dua dari kanan)

Semangat kejiranan sudah kian pupus di bandar-bandar kerana diburu masa mencari rezeki saban hari bagi keluarga. Nilai murni tersebut perlu dipulihkan semula memandangkan hidup bermasyarakat memang perlu bagi manusia. Suasana di luar bandar juga menunjukkan tred yang sama seperti di bandar.
Secara proaktif, JKKK Kg Melayu Rasa telah melancarkan Hari Sahabat bagi menyemarakkan semula semangat kejiranan yang semakin longgar disebabkan antara lain, perbezaan fahaman politik. Inisiatif tersebut disambut baik oleh penduduk.

Agama mengajar manusia berbuat baik

Pada 24 Disember 2008 lepas, saya telah berpeluang bersama-sama dengan pengikut sebuah gereja di Taman Sri Manja, PJS 3. Sambutan Hari Natal oleh penganut agama Kristian disambut meriah, namun dalam keriangan tersebut ada keluarga yang kurang bernasib baik kerana kesempitan hidup.  

Haniza menyerahkan sumbangan hamper kepada keluarga yang kurang bernasib baik

Haniza menyerahkan sumbangan hamper kepada keluarga yang kurang bernasib baik

Golongan yang berada membantu yang tiada. Sumbangan yang kecil dalam bentuk hamper telah diserahkan kepada 20 keluarga di sekitar kawasan Taman Medan dalam sebuah majlis di gereja. Kegembiraan jelas kelihatan di wajah-wajah mereka. Walaupun sumbangan saya tidak seberapa namun, ingatan tersebut telah menyentuh hati mereka yang kurang bernasib baik.  

Kasih sayang antara sesama manusia adalah anjuran setiap agama, maka marilah semua berkasih sayang semoga dunia ini akan menjadi aman dan sejahtera.