Cadangan jalan alternatif atasi kesesakan Jalan 7

Peta jalan alternatif yang dicadangkan

Peta jalan alternatif yang dicadangkan

Baru-baru ini, ADUN Taman Medan telah mengemukakan cadangan diwujudkan jalan alternatif bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Jalan 7, Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.

Jalan tersebut akan bermula dari selekoh Jalan 7 hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun sehingga bertemu jalan di PJS 3. Cadangan tersebut akan dapat mengurangkan kesesakan terutama sekali waktu menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah.

Jalan utama yang sedia ada digunakan oleh penduduk sekitar taman perumahan di situ dan juga pengguna jalan raya yang mengelak daripada membayar tol. Parit besar juga dicadangkan pembinaannya bagi mengelak berlaku banjir apabila hujan lebat.

Jalan yang dicadangkan akan dibuat sebelah tembok sekolah

Jalan yang dicadangkan akan dibuat sebelah tembok sekolah

ADUN Taman Medan telah pergi ke tapak bagi melihat jarak yang dicadangkan, turut sama dalam lawatan tersebut pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. Pihak berkuasa akan membuat siasatan lalulintas agar pembinaan jalan dapat mencapai objektif yang diletakkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s