21 Disember 2008 – Sebuah dialog antara penduduk pangsapuri Medan Cahaya dan pemaju Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah diadakan di perkarangan Surau At Taufiqiah, Taman Medan Cahaya, PJ.
Taman Medan Cahaya merupakan kawasan pangsapuri blok A, B, C, D, E, F, G dan H. Penduduk di situ merupakan penduduk setinggan yang dipindahkan. Sungguhpun pangsapuri yang dibina baru berusia kurang 5 tahun, namun, banyak kerosakan yang sudah dialami.
Dialog yang diadakan cuba mencari jalan penyelesaian bagi keselesaan dan keselamatan penghuni di pangsapuri tersebut.
Pihak SPNB yang telah mewujudkan JMB di situ, pada Mac lepas, perlu bertanggungjawab kerana JMB yang dipilih telah gagal memahami tanggungjawab yang terpikul di atas bahu mereka.
Dialog yang diadakan pada 21 Disember ini, merupakan antara beberapa pertemuan yang telah diadakan, namun, janji tinggal janji. Kesabaran penduduk semakin kurang, dengan itu, SPNB perlu serius dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan pemaju.