WANITA KEADILAN SELANGOR TERUSKAN MOMENTUM DENGAN ‘PROGRAM AGENDA WANITA MALAYSIA BERSEPADU’

Tujuh tumpu menjadi twaran Agenda Wanita Malaysia

Tujuh tumpu menjadi tawaran Agenda Wanita Malaysia daripada Pakatan Rakyat

Wanita Keadilan Selangor menyambut baik “Agenda Wanita Wanita” yang telah dilancarkan pada 16 Julai 2012 yang lalu oleh Wanita Pakatan Rakyat peringkat Pusat dan majlis perasmian peringkat Nasional telah dilangsungkan pada 13 September 2012 yang lalu.

Dengan membawa mesej “Falsafah Hormat Wanita” dalam agenda tersebut, maka  Wanita KeAdilan Selangor akan meneruskan momentum AWM dengan mengadakan satu program BERSEPADU yang diadakan serentak di seluruh kawasan yang telah dikenalpasti dalam Negeri Selangor.

Setakat pada tarikh sidang akhbar, program ini akan diadakan di 16 kawasan, iaitu:

  1. Sabak Bernam
  2. Tanjung Karang
  3. Kapar (Sementa)
  4. Kota Raja
  5. Pelabuhan Klang
  6. Kuala Langat
  7. Shah Alam
  8. Subang, Bukit Lnajan
  1. PJS, Taman Medan
  2. Kelana Jaya, Seri Setia
  3. Semenyih – Hulu Langat
  4. Hulu Selangor – Batang Kali
  5. Selayang – Rawang
  6. Gombak – Batu Caves
  7. Pandan
  8. Sepang – Dengkil

Program ini yang dijalankan serentak di kawasan-kawasan yang disebutkan akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kehidupan seharian wanita-wanita di kawasan tersebut, selain daripada taklimat dan majlis penerangan berkenaan AWM ini. Sebagai contoh, pertandingan membuat makanan yang popular di sesuatu kawasan adalah antara aktiviti yang bakal memenuhi acara program ini. Sesi soal jawab juga telah dimuatkan sebagai salah satu aturcara yang wajib.

Wanita Keadilan Selangor yakin dan percaya bahawa program ini pasti akan membuka mata dan minda semua wanita yang mungkin masih belum mendapat maklumat yang betul berkenaan dengan AWM dan hala tuju Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap membela nasib wanita khasnya.

Sekian

 

 

HANIZA TALHA

Ketua  Wanita Keadilan Selangor

20 DISEMBER 2012                                                                                                    2

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s