Pendidikan Islam dititikberatkan

November 2009 – Pendidikan seperti yang diketahui umum mampu mengubah hidup dan membina sesebuah tamaddun. Pendidikan Islam juga mampu memberi jaminan masa depan kepada anak-anak.

Dalam era kejatuhan sistem ekonomi kapitalis kini, ramai yang mencari alternatif kepada satu sistem ekonomi yang memberi jaminan kewangan. Sistem ekonomi Islam memberi pilihan tersebut. Dengan itu, peluang bagi individu-individu yang mempunyai latarbelakang pendidikan Islam terbuka luas.

Namun, perkara ini tidak disedari oleh ramai. Masyarakat Melayu masih melihat pendidikan Islam hanya untuk memenuhi masa dan lebih mengutamakan pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan.

Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini dalam sidang dewan negeri mengumumkan kelulusan 11 buah Maahad Tahfiz dalam Selangor. Ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran mereka dalam aliran Islam. Sungguhpun aliran agama, matapelajaran akademik lain seperti Sains, Matematik dll masih dipelajari. Dewan juga diberitahu bahawa peruntukan sebanyak RM4juta diberikan bagi membantu sekolah-sekolah agama rakyat yang sedia ada.

Foto: Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Rendah Agama Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

One thought on “Pendidikan Islam dititikberatkan

Leave a comment